Monday, May 2, 2011

PUFF INTI KARI DAGING


PUFF YG XBERAPA NK CANTIKK

kite bersambung dgn cite dah basi......resepi puff inti kari daging..eceli saba buat utk tetamu yg datang mase meraikan bos dr malaysia datang... nk keje senang...nk uli doh karipap xsempat sbb saba kene masak byk lg menu..maka bersilat la kt dapo dgn buat keje senang...pki puff pastry..eceli...kulit puff ni saba bawak dr malaysia jenama KAWAN......ok layan resepi yer...

PUFF INTI KARI DAGING

bahan-bahanye..

10 keping kulit puff pastry jenama kawan
2 biji kentang saiz besar
400 gm daging (dicincang kasar)
1 biji bawang besar sederhana (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 inci halia (dicincang)
1/2 gengam ikan bilis ----diblender
2 sudu besar udang kering---- diblender
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
garam
sedikit gula
1 biji telur + susu segar utk gris pada kulit sebelum dibakar
sedikit bijan jika suka

cara-cara:

untuk intinya:

1. Potong dadu ubi kentang, dan bawang besar, bawang putih dalia dicincang halus.
2. Blender udang kering dan ikan bilis.
3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, bawang besar, bawang putih, halia dan pes serbuk kari, jintan manis, dan jintan putih hingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati,masukkan ubi kentang, daging cincang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk.
5. Kemudian, masukkan garam dan gula secukupnya...kacau inti ini sehingga sedikit kering...sejukkan sebelum di isi pada puff pastry.


Proses untuk puff..


selepas dipakaikan baju..alamak koyak2 plak baju kite

1. Sebelum memasukkan inti kari ini, puff pastry tersebut perlulah dibiarkan pada suhu bilik dahulu. kite selalu keluarkan awal2 puff ni sbb kalo tgh beku nnti patah plak kulit puff..
2. letakkan sekeping puff die atas plastik measurement. bolehlah die bentukkan mengikut citarasa...nk petak ke...bersegi ke ...bulat ke...tp saba nk cepat potong 2 bahagian...
3.Ambil satu bahagian kemudian kelar mengikut citarasa. Satu bahagian lagi isikan inti. Ambil pastry yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. Tekan sedikit dgn menggunakan garfu dan tekan keliling.
4.Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur. Kemudian taburkan bijan mengikut citarasa
5.Bakar guna suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan. -bakar  20min suhu 180darjah celcius (bergantung oven masing2).Pembakaran kedua turunkan suhu atau kurangkan masa pembakaran ..saba buat 150 darjah selama 15 min....(ni oven saba di japan la)
6. sejukkan di atas redai dan boleh di makan ketika panas2.
selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...