Friday, May 6, 2011

PIE BUAH OREN

pie buah oren

assalamualaikum wbt.

Konichiwaa....
eceli pie buah oren nih dah lame kite buat..sempena p budogari (grape picking) kt okayama...kite konvoi ramai2 dan kite n kawan kite masak la sbg bekalan picnic..kite buat pizza pemurah ( haha sbb sarat dengan mcm2 topping) dan jugak pie nih...pie ni simple dan sedappppp giler.....resepi saba gune yg dalam majalah rasa..eceli dlm majalah pai buah pic..tp sbb xdak stok..kite tukaq buah oren dan apple....ok layan yer...

PIE BUAH OREN

Bahan pastri:
125gm mentega
60gm gula aising
250gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh essen vanilla
1 sudu makan ais sejuk dr peti ais

Bahan Filling Kastard:
Bahan A
50 gm tepung jagung
120gm gula halus
120ml susu segar
250ml air
2 biji telur
40gm susu tepung
setitik esen vanilla

Bahan B
25gm mentega

Bahan Hiasan:
Buah oren yg telah dikupas secukupnya
Buah Apple yg telah dikupas kulit   | boleh ditukar dgn buah kiwi atas ceri dsb.
Piping Jeli - untuk disapu di atas buah

Cara-caranya:
  1. Untuk membuat filling kastard, masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk. Dengan menggunakan api yang sederhana, kacau sehingga sebati dan menjadi pekat.
  2. Apabila pekat, tutup api dan masukkan ke dalam bahan B. Kacau sehingga berkilat.
  3. Untuk membuat pastri pula, gula aising dan tepung gandum disatukan.
  4. Masukkan mentega dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
  5. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanilla dan ais sejuk.
  6. Gaul sehingga menjadi doh dan rehatkan semala 15minit.
  7. Canaikan doh di dalam acuan pie.
  8. Bakar pada suhu 150 - 180 darjah sehingga masak.
  9. Apabila sudah masak, masukkan filling tadi ke atas acuan pie. Susun buah oren dan apple kemudian sapu piping jeli supaya berkilat.

upacara memotong semase singgah picnic heheh


tameshite onegaishimashu...:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...