Showing posts with label puff. Show all posts
Showing posts with label puff. Show all posts
Wednesday, February 8, 2012
Puff Kari Daging
Assalamualaikum wbt....selamat pagi....ohayou gozaimasu minna san...arini awal gile kite bukak lappy..hahaha..sini br kul 7.20 am waktu dubai tau...kat malaya mayb dah kul 11.20 kot...n kt japan sure dah tengahari....12.20 pm wahh sy ni jadi pengira waktu ke jam bergerak ni??? hehehe..
arini masih bersemangat nk mengupdate n3...almaklumlah kelmarin dah kene sembur...smlm kene puji....arini hati masih berbunge sbb mood rajin dah datang..maka kene keep laa mood ni..jgn hilang balik sudah...n3 arini saba nk kongsi menu yg lepas jgk sempena majlis bbq...mudah sgt2 sbny...kalo dulu saba gune resepi ni..kat SINI, KOCHIRA yer...saba pakai puff pastry...tp kali ni even puff pastry kat sini murah..ubah kelainan pakai roti prata jenama KAWAN....kat bwh hotel ni ade satu kedai nama CHOITRAM....jual brg2 dapo..ade jual roti prata nih..dalam 5 dirham gitu...ok laa kan beza sikit je dr rege malaya..ok jom kite semak resepi...
PUFF KARI DAGING
Source: Saba Shiawasemrsbangpek
Bahan-bahan:
10 keping roti parata segera - dipotong tengah
2 biji kentang saiz besar
400 gm daging (dicincang kasar)
1 biji bawang besar sederhana (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 inci halia (dicincang)
1/2 gengam ikan bilis ----diblender
2 sudu besar udang kering---- diblender
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
garam
sedikit gula
1 biji telur + susu segar utk gris pada kulit sebelum dibakar
sedikit bijan jika suka
Cara - cara:
** Untuk Intinya:
1. Potong dadu ubi kentang, dan bawang besar, bawang putih dalia dicincang halus.
2. Blender udang kering dan ikan bilis.
3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, bawang besar, bawang putih, halia dan pes serbuk kari, jintan manis, dan jintan putih hingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati,masukkan ubi kentang, daging cincang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk.
5. Kemudian, masukkan garam dan gula secukupnya...kacau inti ini sehingga sedikit kering...sejukkan sebelum di isi pada parata..
Kemudian..
1. Setelah inti kari sejuk, ambil roti parata dan letakkan inti di tengah2.
2. Lipatkan menjadi segitiga dan kelim hujung roti parata same seperti membuat karipap.
3. Kemudian, kelarkan bahagian tengah roti parata dan sapukan kulit parata dengan kuning telur + susu segar.
4. Akhir sekali, bakar pada suhu 160 degree selama 30 minit..
Subscribe to:
Posts (Atom)