Thursday, January 16, 2014

Fish and Chips


Assalamualaikum wbt...ape khabar semua....lambat sikit bersiaran arini....mule2 lepas je solat subuh td saba bz menggodek nk taip n3 ni..tapi dak hidayat ni tetibe boleh terbangun awal plak pastu ajak nk main....ermmm layankan aje...tup2 die tertido balik laa plak hehe....


ade yg terliur tgk fish and chips tuh? ohhhoiii ni saba buat masa ari maulidur rasul lepas...skg saba tgh misi utk mengurangkan makan nasi...suami isteri nye azam nk kurus...hehe...tp kalo da masak mcne laa nk igt azam tuh kan....rase mcm semua nk telan....hehehe....misi skg nk turun 10kg berat badan..even berat lepas bersalin xbyk beza...saba skg hny pk utk stay healthy gitu...rs terlalu muda utk dpt ape2 penyakit2 dan masa nila nk kene jaga kesihatan betul2..tak gituu..


okla jom kite semak resepi....resepi asal ni saba cedok dr zack dan resepi sos putih pula saba olah dari kak wana potretkasih.... alhamdulillah percubaan sos ni berjaya sama mcm kt chillis...hehhee....mmg sedap sgt2 terime kasih yer semua..

Fish and Chips
Source : Zack Zachoes

Bahan untuk diperap:
2 ikan dori sederhana besar
serbuk lada hitam
garam
tepung gandum secukupnya

Cara perap:
1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.

Bahan batter/adunan:
1C air
1 biji telur
1/4st soda bikarbonat
serbuk kunyit
garam
tepung gandum secukupnya

Cara:
1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
4. Sedia dihidang dengan kentang goreng (ku guna yang segera, malas buat sendiri), coleslaw, lettuce, dan tomato segar.

Jika:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda atau telur.
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.
*adunan tak lekat pada ikan semasa memasak, ikannya kurang disalut tepung semasa diperap.
 
 

Resepi White Sauce
Source: Kak Wana Potretkasih

Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
2 keping cheesedale --->saba tambah
Secubit garam
Secubit lada hitam

Cara penyediaan:
1. Sediakan sos putih: Panaskan mentega dlmperiuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
3. Masukkan susu segar, herba, garam,cheesdale dan lada hitam.
4.Kacau dan masak hingga mendidih. Matikan api dan diketepikan.

 

12 comments:

  1. Salam Saba..fuhh mmg berselera hidangan nie..nak tanya selain ikan dori, ikan apa yg sesuai.

    ReplyDelete
  2. Wslm kak ina.. haaa kak klo xde ikan dori boleh try isi ikan merah tp amik isi aje tau boleh tahan jgk rasanya hehe selamat mencuba

    ReplyDelete
  3. huhuhu tgk je pon sedap..nak cuba..nak cuba.. thanks kongsi resepi

    ReplyDelete
  4. nak cuba..nak cuba.. thanks kongsi resepi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...aduh menyelerakan..sesekali ubah selera ala barat seronok gakkan...

    ReplyDelete
  6. Arista...haaaa wajib cube tauuuu mudah je ni

    ReplyDelete
  7. Wslm umie jazz..haa betoltuh kdg2 ubah selera kannn

    ReplyDelete
  8. tak tahannya tgk kejelitaan si ikan dori....will try this very soon tq saba

    ReplyDelete
  9. Dappnye..rajin saba kn..kecur pulak akk tgok

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak, haritu dah beli fish n chip ikan dori dalam paket siap. tak sodap sangat sebab salutannya nipis, so goreng jadi kureng sedap. thanks kongsi resepi. ikan dori memang sedap sebenarnya. hihi

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak..blog Zack Zachoes dh xde ea.? T_T

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak..blog Zack Zachoes dh xde ea.? :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...