Wednesday, March 21, 2012

Nasi Ayam Ipoh

Assalamualaikum wbt..ohayou minna san..selamat pagi...ape khabar semua arini yer....arini alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yg baik..mood nk mengupdate pon masih baik..hehe..arini masih seperti smlm...sand storm smpi xnampak pape...sejuk pon sejuk jgk...cuace mcni...wajib jg kesihatan sbb dlm news ckp sape ade asma ke allergic ke senang dpt penyakit...so far kite xdek semua tuh..cume perlu jaga demi akachan kesayangan nih...

arini saba nk share menu yg dah basi jgk...sbny da lebih 10x buat sbny...tp xpnh ade kesempatan nk snap2 dan update gambar nasi ayam ipoh ni...so far....lps pertama kali percubaan mmg kite ikut resepi ni jek...da xgune yg lain...suke sbb nasi die bau harum..hehe..ok mekasih buat kak quinnie yer..mtk halalkan resepi ni yer kak...



Nasi Ayam Ipoh
Source: Quinnie

Bahan-bahan ( sekeluarga )
*BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
*BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
*BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
*BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
*BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
*BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
  • utk sos kicap tu..letak 2 sudu besar sos tiram..saya tertinggal bahan ni rupanya...sorry pada semua yg dah mencuba resepi ni...saya tak perasan...boleh tambah kicap pekat jika ada...

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. Cara utk masak nasi: mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. Penyediaan ayam: ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. Cara penyediaan cili: masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. Cara penyediaan kicap: blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. Cara penyedian sup: baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

22 comments:

  1. sabar

    how are you dear?

    kapan nak wat kan akak hidangan ni? tgk kulit ayam tu garing, licin..just as I like!! kalo buat jgn lupa sambal cili nasi ayam seperiuk for me, aite :)

    ReplyDelete
  2. Lady ayu..

    kannn sedap menjilat jari berkilat pinggan kalo pekene nasi ayam ipoh nihh nak2 kalo sambal pedasss hehe

    ReplyDelete
  3. yat maria...

    great kak yat...uwaaa mmg kesukaan kite jgk bab2 cili tuh...kalo pedass haii berkilat laa pinggann

    ReplyDelete
  4. hmmm mmg myerelakan sggh...bbunyi2 perut ni tgk nsi ayam tu...lg2 kat aym tu haa...kemain bkilattt...

    ReplyDelete
  5. A perfect platter of chicken rice. You got me drooling nonstop here! :)))

    ReplyDelete
  6. pergh,, sedap tu nasi ayam.. Menyelerakan..

    ReplyDelete
  7. menu utama bila tetamu dtg. :D

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah,
    Dah nampak ramai mencuba resepi nasi ayam Ipoh ni, tapi saya belum sampai seru lagi nak buat...

    ReplyDelete
  9. nasi ayam ipoh ni memang sedap...saya pun dah buat memang terbaik..laparla perut ni..hehe

    ReplyDelete
  10. Salam saba!!! akak dtg sambil lenggang lenggok cik siti wan kembang hihihi... dtg bwk sepinggan penuh nasi kerabuuu kita nak bwk balik nasi ayam ipoh yg sedap tuuu sbb mmg sedapp :D

    ReplyDelete
  11. huhuhu..masak nasi ayam rupanya dia....sedapnya...hehhehe..puji resepi sendiri boleh? kakakka...tq sebab cuba..:)

    ReplyDelete
  12. Qasey Honey..

    hheeheh berkilat lebih madu nihhh ehheeh sedapppp kannn resepi nii

    ReplyDelete
  13. Love2cook ...

    kalo cenggini dah drolling nii kene buat tauuu hehee

    ReplyDelete
  14. Harleena Kassim...

    akak kene buat cepat2..kang meleleh air liur kang payah..

    ReplyDelete
  15. Asmara..

    yup kak as nak2 kalo dtg express gitu.....hehehe

    ReplyDelete
  16. Hazila...

    wslm kak...haaa kalo mcmtuh elok sgt laa kene cube rugi tauu...mmg terangkat niihhh sedapp

    ReplyDelete
  17. Nieza..

    aah kak....semua komen2 dr tukang masak semua ckp resepi ni sedapp kann

    ReplyDelete
  18. zila..


    hahah menjilat jari je xpe..kite ni mejilat pinggan tauu sedap sgt22

    ReplyDelete
  19. ijayuji...

    wslm kak ika cayang amboi lenggang kangkung yer..jgn lupe sistem barter mcm biase ehhh budu lebihh

    ReplyDelete
  20. quinnie..

    hahahah kantoiii makkk mekasih kak respei yg meletopsss nihhh sedap...patot puji snediri sbb mmg da rmi puji resepi akk niii tauu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...