Tuesday, May 24, 2011

Ayam Masak Madu Tiga

Assalamualaikum wbt..1st trial buat ayam masak madu tiga..pergh ayat madu tiga tuh mcm nk kawen 3 lak kan...musti bini xnk bg laki makan nih hehehe,...eceli resepi dr majalah rasa bulan lepas...best plak resepi2 dlm buku tuh...mmg tabik...sedap jgk kalo dimakan dgn nasi minyak...mmg terbaik....boleh rujuk resepi di bawah yer..

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 16
5 sudu makan minyak masak
Kulit kayu manis, buah pelage, bunga lawang dan bunga cengkih secukupnya
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
7cm halia
15 biji cili kering
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
2 ketul gula melaka
3 sudu makan gula pasir
3 sudu makan madu
Garam secukup rasa

Bahan hiasan:2 biji bawang Holland - dihiris bulat
10 biji gajus

Cara memasak:1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Perap seketika dan goreng di dalam minyak yang panas separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali sekali lagi. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan hingga naik baunya.
3. Selepas itu masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati dan sos menjadi pekat.
4. Kemudian masukkan ayam, tuangkan madu dan kacau rata.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

ok selamat mencube yer...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...