Wednesday, May 25, 2011

Mee Goreng Mamak


Assalamualaikum wbt..hidangan simple utk dinner kami...mee goreng mamak jek...layan resepi yer..

Mee Goreng Mamak

Bahan - bahan:
500gm mee kuning
300 gm isi ayam | dipotong kecil
200 gm udang
1 biji bawang besar | dipotong bulat
2 ulas bawang putih | diketuk
1 biji telur ayam
1 sudu makan cili boh
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan air
2 tangkai sawi
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
1/2 biji carrot | dipotong halus dan memanjang
3 sudu minyak masak
bawang goreng
garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak masak didalam kuali. Goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.Masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak
  3. Kemudian, masukkan sos tomato, kicap manis dan air. Kacau rata
  4. Selepas itu masukkan mee kuing, isi ayam sayur sawi, daun bawang kacau sehingga sebati.
  5. Akhir sekali pecahkan telur dan biarkan sehingga agak kering.Kacau dan angkat.
  6. Sedia dihidangkan dan bolehlah ditabur cili merah dan , daun sup dan bawang goreng sbg hiasan.
Selamat mencube yer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...