Wednesday, August 17, 2011

Nasi Hujan Panas 1 Malaysia

Assalamualaikum wbt..sebelom patik nk beradu..layankan resepi ottosan patik punye permintaan yer...org tgh sakit anak tekak nk makan ayam masak merah nk lauk ala2 kenduri...bini pening nk masak ape..last2 nasib baik bwk majalah rqasa keluaran sajian pengantin tuh...kalo tak...fenin nk masak ape kan...
ni feveret kite tau..smlm masak pon licin berkilat lagi..bukan setakat pinggan kuali periuk segala...hehe..
resepi ni agak patriotik nii kite amik dr majalah rasa..keluaran sajian pengantin..ok..layan..saba pekenakan nasi hujan panas ni dgn ayam masak merah madu tiga dgn gulai daging..pastu ade jelatah sekali...utk resepi ayam sile rujuk kt sini yer...dan utk resepi gulai daging plak rujuk di SINI...

Nasi Hujan Panas 1 Malaysia
Source: majalah rasa ~ jun 2011

Bahan-bahan:
500gm beras basmathi
750ml air
3 sudu makan minyak sapi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar - potong 1cm
½ tin susu cair
Pewarna merah, kuning, hijau secukupnya
Garam secukup rasa
Kismis, gajus dan badam secukupnya


Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan biarkan hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan susu cair, daun ketumbar, daun pudina, cili merah, cili hijau dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan mendidih dan pekat.
4. Masukkan air dan kacau sehingga mendidih. Selepas itu masukkan beras basmathi. Tanak sehingga masak.
5. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna dan bahagikan kepada tiga bahagian.
6. Taburkan gajus, badam dan kismis. Angkat dan sedia dihidangkan.





8 comments:

  1. sedapnya.Nanti saya nak buat juga lah

    Saya follow sini!
    datang lah menjenguk blog sy!

    Youroshiku ne!!(^_^)

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa..tere betul kak saba masak..huhu

    ReplyDelete
  3. salam saba.. sedapnya menu saba ni.. tambah makan dengan puding kat bawah tu.. seda2.. akak rasa gambar saba makin ok tapi g=cuba posting besar sikit amik saiz large ke mestilawa lagi

    ReplyDelete
  4. nursakinah:

    ohhh sy dijengukk dongg....heheh try laa buat sedappp

    ReplyDelete
  5. アヌムちゃん

    anum cube laaa sedapp gilerr berkilat pinggan tauu

    ReplyDelete
  6. Juwita Jamaludin

    thanks kak ita....mekasih sbb selalu menyokong usaha nk blaja amik gambar nihh makin bersemangat plak sy skg hehehe
    boleh try nasi niii sedapppp

    ReplyDelete
  7. lady ayu..

    mee tooooo sedaaaapppp kannnn...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...