ok layan resepi yer..kite amik resepi ni dr umah kak dayangjack..halalkan resepinyerr er kak..
Sardin Kicap Bercili
Source: Kak Dayangjack
Bahan-bahan :
1 tin besar sardin
1 labu bawang besar (dimayang)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 sb cili kisar
3 biji cili padi (diketuk)
1 sudu makan kicap pekat
2 -3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
1 biji cili merah (dihiris)
garam dan gula secukupnya
2 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 4)
Cara-cara :
# Tumis bawang2 hingga perang. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
# Masukkan kicap pekat, cili padi, daun limau purut dan cili merah. Kacau rata2. Masukkan sedikit air.
# Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Barulah dimasukkan sardin. Kacau perlahan2 dan biarkan mendidih seketika.
# Akhir sekali masukkan jus limau dan tomato.
# Boleh tambah air jika perlu.
# Hidangkan setelah masak
menu makan sorg...gilerrr tamak kan..tp utk sahur sekali laaa hihiihih |
No comments:
Post a Comment