sile abaikan gambar yg xdek kuah kastardnyeee ni yerk......xsempat nk snap dulu dah habis tetamu makan..huhuhuh |
nnti saba buat lg..saba show balik yer....ok layan resepinye yer...thank kpd missima myresepi diatas resepi yg seda nih...
Puding Berkuah Kastard
Source: missima ~ myresepi
>Bahan Membuat Kastard
1 cawan tepung kastard
1/2 sudu kecil garam
5 cawan air
1 sudu besar susu pekat
>Bahan Kuah kastard
1 tin susu cair IDEAL
4 senduk gula
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard
1 tin air
Buah-buah tin, nata d coco, nenas tin
Cara-cara
# Masukkan 1 cawan tepung kastard ke dalam periuk yang besar. Masukkan 5 cawan air. Kacau dulu supaya tepung & air sebati.
# Hidupkan api sederhana besar. Masukkan 1 sudu kecil garam & 1 sudu besar susu pekat.
# Kacau sentiasa supaya tepung tidak bergentel & masak rata. Matikan api bila kastard telah masak.
# Angkat & tuang ke dalam bekas acuan & loyang. Kemudian sejukkan. Masukkan ke dalam pei sejuk.
# Untuk kuah. Masukkan semua bahan ke dalam periuk & renihkan kuah sehingga mendidih. Matikan api dan sejukkan.
# Masa nak makan letakkan puding kastard, tuangkan kuah puding & letakkan beberapa ketul ais. Letakkan juga buah-buahan tin, nata d coco & nenas tin.
# Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment