Friday, August 12, 2011

Murtabak Inti Daging

Assalamualaikum wbt...salam ramadhan...ni diaa murtabak yg di war2kan kt dlm fb...seyes saba ckp..ni laaa pestime saba berjaya menebar dgn jayanyee..selame ni..ade koyak..ade terbang...ade yg masuk cik tong!...seyes smlm sengeh laa sberjaya..bile ltk status ckp ni la berkat exercise tangan soley2 usop wilcha..semua xcaye hahaa..ehh betol laa igt tifuu ke??....lame tau i prektis nih....jgn main2 dulu sbb nk tebar roti canai ni..saba pernah sampai terbawak2 dlm mimpi tau...kawan2 mmg tergelak tgk saba ngigau sambail pusing2 tangan....huhu.....dasyaht kann kalo hantu murtabak nii kepingin nk makan..hehehe..
resepi niii kite tgk kt umah kak ika...aduhh kak ika...terliur jgn ckp la...basah keyborad meja segala...tensen mak..maka smlm kite buat laa jgk even byk keje hihi...kpd akak2 sekaliann izin kopepes resepinyerr yer...kite folo semua mcm kak ika buat hehee...


MURTABAK INTI DAGING
Untuk Kulit Resepi Asal : NICEGHOST FNR >>yg ini tak de link kalau ada tolong bg tahu ya :-)

Sumber: KAK HANA
Sumber Saba : Kak Ika Ijayuji


Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
  • 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara


  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak>>;kita rendam dgn minyak + minyak sapi.... 
  • Tinggalkan selama 2 jam>>;saba buat 2 jam aje...
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.

    PETUA utk buat roti canai:
    1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
    2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
    3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais

    Untuk Inti Daging
    Resepi Asal: MURTABAK SEGERA MINAMI MyR

    Bahan-bahan ( 6 keping )

    • 100 g daging cincang
    • 2 biji ubi kentang>>Yg ni kita kurangkan kepada 1 biji dan lebihkan daging cincang
    • 1 sudu setengah rempah kari
    • 1/2 biji bawang besar
    • 1 ulas bawang putih
    • daun sup
    • minyak
    • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
    • kulit popia
    • 2 biji telur

    Cara-cara


    1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
    2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
    3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
    4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati
    5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. >>yg ni guna kulit roti canai, canai mcm biasa
    6. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.>>bungkus mcm biasa juga nak buat murtabak tuuu :D
    Sweet Sour Sauce

    Ingredients
    • 2-3 shallot-sliced thinly
    • 1/2 cup of vinegar or lime juice
    • 1 cup or warm water
    • 2 tbspn of sugar
    • a pinch of salt
    • red colour
    Get everything in a bowl and mix till sugar dissolve.

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...