Tuesday, June 21, 2011

Sosej Roll


Assalamualaikum wbt....kite br nk tayang menu breakfast arini..padahal ni dah petang dah...haha....dpt tayang breakfast ok la....selalunye kalo kt japan, utk lunch saba xmasak...saba skip makan lunch sbb tousan xbalik makan..die dpt mkn free kt yard...so alang2 sorg time ni laa leh diet....hhee...bangun subuh tadi...xdak idea nk masak ape...nasib ade lg sosej....trus buat nih...menu feveret kite....oh yer...ade td kawan igt ape laa gamba ni..jgn pk bukan2 tau..hihih...pk straight jek k...dont konar2...

Sosej Roll

Bahan - bahan:
6 batang sosej
6 keping roti sandwich
1 biji telur
1 tbsp tepung gandum + sedikit air - dibancuh | dijadikan sbg gam / pelekat utk roti
minyak untuk menggoreng
sedikit sos cili - jika suka

Cara Memasak:
  1. Mula2 rebus sosej sehingga masak kemudian toskan.
  2. Ambil kepingan roti, kemudian potong bahagian tepi.
  3. Kemudian, gelekkan roti sehingga menjadi agak nipis ) jika roti tebal seperti di Japan, lebih elok kukus sedikit roti sehingga lembut)
  4. Kemudian, ambil sosej dan gulungkan ia sehingga habis...Pada hujung kepingan roti, bolehla sidapu dengan bancuhan tepung gandum+air (gam) tadi...Ulang proses ni sehingga habis
  5. Kemudian pecahkan telur, gocokkan sehingga sebati dan celup roti tadi di dalam telur.
  6. Panaskan minyak, kemudian bolehla digoreng sehingga garing.
  7. Sedia dihidangkan dengan sos cili atau dimakan begitu sahaja
notakaki: roti sosej ini juga boleh ditambah dengan breadcrumb iaitu selepas dicelup di dalam telur, digolekkan ke dalam breadcrumb ataupon nestum. tapi saba kurang suka sbb ia akan menyerap lebih banyak minyak....

ok selamat mencube okey...

2 comments:

  1. yummy! nak cikit...

    p/s: haaa naper mahal sgt sakuranbo tu adoiii pengsan! tapi suika lagi mahal kan?

    ReplyDelete
  2. Hanis MY

    akak kite pon xfhm...knp laaa mahal sgt2....harap2 weekend ni ade laa diskaun..kalo x..kene pg gari jgk ler.....hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...