Friday, June 3, 2011

Nasi Goreng Kampung



Assalamualaikum wbt..ape khabar semua yer? arini just nk tayang menu lunch yg simple..nasi goreng kampung jek...huhuhuuh bukan malas nk masak...tp semua mcm xdak selere nk makan simple2 jek...sbb mlm ni ade permintaan special plak....aihh layankan aje permintaan isi perot adik kite....layan resepi yer..

Nasi Goreng Kampung

Bahan bahan:
  • 4 cawan nasi putih
  • 9 biji cili padi hijau
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • ikan bilis goreng
  • 300 gm udang basah | dibuang kulitnya
  • 1/2 ikat kangkung
  • 3 sb minyak masak
  • sebiji telur
  • garam
  • serbuk perasa
 Cara Memasak:
  1. Tumbuk cili padi, bawang putih dan juga bawang besar  tapi jgn terlalu lumat..
  2. Didalam kuali, masukkan 3 sudu besar minyak masak, goreng ikan bilis sehingga naik bau dan garing.
  3. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan sayur kangkung dan isi udang dan diikuti nasi.
  5. Setelah digaul dan ditambahkan serbuk perasa dan garam, buat lubang di tengah2 dan kemudian pecahkan telur. Kacau nasi tersebut sehingga sebati.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
** boleh ditambah cili padi jika lebih suka pedas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...