Assalamualikum wbt..
apakah nama menu ini? tanya kak umie saitama..hihi...menu ini adalah daging dendeng yee wahai kak umie...hehhehe...sory lerr nmpk hitam sgt smpi xtau nk agak menu ape kan...ni kes terlebih kicap pekat lerr nih.huhuh....abaikan jelaa warna itu yer...yg penting harus dicube sbb daging dendeng ni mmg soooooddaaapp....... 2 thumbs up kite bg...mgu ni saje da 3x kite buat....daging die lembut sbb selepas kite rebus, kite kene tumbuk daging nih,,..so bg yg xdak gigi ka.....yg sakit gigi ka..yg pakai gigi pelsu ka..boleh laa nk makan kan...huhuhuhok layan resepinye yer...
Daging Dendeng
Bahan - bahan:
1 kg daging
5 sudu kicap pekat
6 biji bawang besar | dikisar halus
2.5 inci halia | dikisar halus
100 gm cili padi | dikisar halus
35gm cili kisar
35gm jintan manis | disangai dan dikisar
35gm jintan putih | disangai dan dikisar
20 gm biji ketumbar | disangai dan dikisar
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
- Rebus daging sehingga lembut dan dibiarkan sejuk. Kemudian barulah ditumbuk dalam lesung batu sehingga separa hancur
- Seterusnya, gadulakn daging bersalam halia, dan kicap pekat sehingga sebati.
- Kemudian panaskan minyaj dan goreng daging sehingga separuh masak. Angkat dan toskan.
- Kemudian didalam kuali yg sama, tumiskan bawang besar sehingga naik bau.Masukkan pula cili merah yg dikisar sehingga separuh kering. Pastikan api sederhana
- Seterusnya masukkan daging tadi kemudian perasakan.
- Akhir sekali, masukkan rempah yg disangai dan dikisar td dan taburkan gula secukupnya.Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment