Sunday, June 5, 2011

Ikan Bawal Sweetsour Bendahara


Assalamualaikum wbt....ini hanya resepi ulang tayang..huhuh arituh saba buat ikan siakap kali ni kite tukar pakai ikan bawal..lg terangkat...saba malas nk ngomel panjang n saba kopipes jek resepi arituh yer...

Ikan Bawal Sweetsour Bendahara

Bahan - bahan:
1 ekor ikan bawal | dibersihkan dan digoreng garing setelah diperap dgn garam

5 sudu makan minyak masak
5 biji bawang besar |dikisar  * saba pki 2 biji jek...
2.5 cm halia  dikisar * saba potong dadu kecik2
10 biji cili kering | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar * saba potong dadu kecik2
100gm kismis
5 sudu makan sos plum
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
garam secukup rasa
gula secukup rasa


1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 biji lada benggala | merah, kuning, hijau
1 biji lobak merah
** saba tambah nenas dalam tin....


Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga berbau.
  2. Selepas itu masukkan cili kering yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.Masukkan sos plum, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa, Kacau sehingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan kismis dan bahan-bahan yang telah dipotong dadu. Gaul sebati dan masak hingga pekat.
  4. Tuangkan sos ke atas ikan dan masak hingga pekat.
  5. Sedia untuk dihidangkan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...