okonomiyaki versi xdak katsuobushi dgn nori halus |
Bahan A:
kalau beli tepung yg siap tu, hanya perlu bancuh ikut arahan pd pek.. (biasanya air+telur sebiji)..
sayur kobis di cincang halus-halus
dried bonito flakes
dried shrimp
red ginger | saba xletak
okonomiyaki sos
mayonis
sedikit minyak
Bahan B:
udang / squid / daging tipis | saba letak udang dgn sossej
kalau x de tepung yg siap tu, buat mcm ni..
Bahan A:
50g tepung naik sendiri
1 biji telur
1 sudu kecil dashi powder
100ml air
sedikit bawang putih (klu suka) - tkyah pon xpe
1/4 sayur kubis saiz kecil (klu byk mmg sedap)
4 sudu kecil minyak sayur
sos okonomiyaki
dried bonito flakes
dried shrimp
mayonis
Bahan B:
boleh guna daging tipis, squid atau udang
Caranya:
> cincang / potong kubis tu halus-halus.
> bancuh tepung, telur, serbuk dashi, dan air dlm mangkuk besar.
> masukkan sayur kobis dan kacau rata
> panaskan non stick pan dan bubuh minyak
> tuangkan bancuhan tepung dan sayur kobis tadi ke dlm kuali kemudian letak kan daging atau udang di bhgn atasnya, kemudian tuang lagi bancuhan di atasnya dan bila agak kekuningan dan nampak dah nak masak, terbalikkan ia dan tunggu hingga masak.
Hiasan:
letak kan di atas piring leper dan tuangkan sos okonomiyaki dan mayonis. taburkan dried bonito flakes, dried shrimp dan red ginger. siap.
Nota:
* sos okonomiyaki leh ganti ngan worcestershire sauce
* bonito flakes=katuobushi=kat gmbar takoyaki tuh yg nipis kat atas dia tuh
* dashi powder=leh ganti ngan serbuk ikan bilis
No comments:
Post a Comment