sorry pic bergegar...same mcm tangan tuan die... |
Bahan - bahan:
1 ekor ikan siakap | dibersihkan dan digoreng garing setelah diperap dgn garam
Bahan Sos:
5 sudu makan minyak masak
5 biji bawang besar |dikisar * saba pki 2 biji jek...
2.5 cm halia dikisar * saba potong dadu kecik2
10 biji cili kering | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar * saba potong dadu kecik2
100gm kismis
5 sudu makan sos plum
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Bahan dipotong dadu:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 biji lada benggala | merah, kuning, hijau
1 biji lobak merah
** saba tambah nenas dalam tin....
Cara Memasak:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga berbau.
- Selepas itu masukkan cili kering yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.Masukkan sos plum, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa, Kacau sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan kismis dan bahan-bahan yang telah dipotong dadu. Gaul sebati dan masak hingga pekat.
- Tuangkan sos ke atas ikan dan masak hingga pekat.
- Sedia untuk dihidangkan..
No comments:
Post a Comment