Nasi lemak
Bahan- bahan:
500 gm beras | dicuci dan ditoskan
875ml santan
3 cm halia| diketuk
3 helai daun pandan
garam dan gula secukup rasa..
Cara Memasak:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi
- Tanak nasi sehingga masak
Bahan - bahan:
400gm udang segar | dibersihkan
125gm bawang merah | dikisar halus
20gm cili boh
6 biji buah keras | dikisar halus
250ml santan
sedikit belacan | dibakar
2 sudu minyak masak
1 batang serai | dititik
100gm gula melaka/ nisan
180ml air asam jawa pekat
sedikit kicap
garam secukupnya.
Cara Memasak:
- Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah dikisar bersama cili boh. Masak sehingga cili garing
- Masukkan air asam jawa, belacan dan serai. Masak lagi sehingga pecah minyak
- Perasakan dengan garam, gula melaka biarkan sedikit kering
- Sedia untuk dihidang.
telur puyuh rebus
kacang tanah | digoreng
ikan bilis goreng
ok sekian sahaja untuk menu nasi lomak kali ni....minna san, tameshite onegaishimasu!!!
enak dimakan di atas daun pisang..:) |
No comments:
Post a Comment