time cuace panas ni sure nk mencari sesuatu yg sejuk utk basahkan tekak kan...ermmm dessert ni mmg simple tp sedap kalo dilayan time panas tp musti disejukkan dlm peti ais terlebih dahulu..lagi best kalo tambah dgn aiskrim vanilla....ala2 dessert hotel gitu......sile cek resepi yer..
Bahan - bahan:
- 10 - 12 biji pisang nangka / kelat siam | bergantung berapa org nak makan
- 150 gm gula
- 2 kuntum bunga cengkih
- 250ml air
- daun pandan
1.untuk bagi yg nak rase lagi sedap boleh juga ditambah dgn 2 kuntum bunga lawang & kulit kayu manis tapi saba tak letak.
2. Jika nakkan kelainan boleh juga dimakan dgn aiskrim vanilla dessert ala hotel dan juga boleh ditambah dgn telur yg dikocok.
Cara Memasak:
1.Masak air, daun pandan dan gula hingga mendidih, masukkan bunga cengkih dan pisang.
2.Tutup periuk dan masak dengan api yang sederhana.
No comments:
Post a Comment