Tuesday, May 17, 2011

Roti Naik


Assalamualaikum wbt..
balik malaya ni la 1st br dtg mood nk meroti..selepas kene nyanyi lagu ku seru ari2..br mood nk dtg...eceli tgk jela permukaan roti ni teramatlah xcantik kan...sbb kite nk cepat....sbbnye masak 2 menu sekaligus mula la lintang pukang nk buat yg mase satu...jap p goreng pisang jap p uli..alih2 ni lah hasilnye..menggerutu mcm ape pon xtau la..nasib la sedappppppppppppppppppppppp....ni pon kite x eggg wash kan die permukaan atas..kes nye telur dah habis..kah kah kah....leh plak terlupe....nila nasib kalo mood rajin datang tibe2....adedeh tp xpela..semua da selamat masuk mulut dah..yg penting omak den konyang.....resepi ni kite jenguk kt umah kak mamafamikak hana lagik....ijinkan kite kopipes yerr kak......

RESEPI ROTI NAIK
resepi asal :
Puan Asmahan Hanim via Nana Samat
source :
mamafami@spicensplendour

source ke 2: kak hana

Bahan-bahan

  • 500g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 180g gula halus
  • 2.5g yis - hana lebihkan 1.5g
  • 113g marjerin
  • 37g minyak sapi@butter@shortening  
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar
  • sedikit mentega utk sapuan lepas bakar
  • 2 sudu water roux | ni saba tambah


Cara-cara
  • Masukkan air, telur, dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung dan juga yis.
  • Setting Dough dan ONkan.
  • Bila doh dah bercampur, majukkan marjerin dan jugak minyak sapi. Biarkan BM terus menguli lebih kurang 11/2jam sehingga kembang dan siap.
  • Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat2kan dan susun ke dalam loyang.
  • Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-40min. Sapukan dengan egg wash.
  • Bakar suhu 200 selama 15-20min sehingga keperangan. - hana bakar suhu 170 selama 20min.
  • Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nmpk berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk boleh simpan dalam bekas tertutup.
  • Untuk uli tangan , rujuk resepi asal SINI. ( rujuk bawah ni yer saba da kopipes)

Cara memasak :Larutkan serbuk ibu roti dalam air. Kacau dan biarkan sebentar.

Pukul gula halus bersama kuning telur sehingga sebati. Kemudian masukkan marjerin dan minyak sapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga rata. Gaulkan tepung ke dalam aduan dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati. Adunan dibahagi tiga. Uli dan lambung setinggi 1/2m adunan tersebut sebanyak 100 kali bagi setiap adunan.

Setelah siap, satukan ketiga-tiga adunan tadi. Perap selama satu jam di tempat yang tidak berangin tetapi panas sehingga adunan naik.

Setelah itu, bulatkan adunan tadi setiap sebesar telur ayam dan aturkan ke dalam loyang. Jangan terlalu rapat kerana adunan tersebut akan naik lagi. Letakkan adunan tadi di tempat yang berangin tetapi panas untuk beberapa jam supaya adunan dapat naik lagi.

Bakar roti pada suhu ketuhar 190c untuk 15-20min. Sapukan sedikit mentega di atas roti sejurus dikeluarkan dari ketuhar.


hasil pakai water roux....fluffy jek orti nih



ok...tameshite onegaishimas........:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...