KUIH SAGU @ BRONOK |
kuih ni kegemaran saba setiap pagi...resepi ni berjaya digodek dan dikopipes dr
SINI hehhehehe.....selamat ade....byk resepi jenis kukus saba mmg lemah betol nk main kukus2 nih...sbb 2 pengukus kt umah ni..selalu jek masuk wap air die tuh...da xtau nk buat mcne dah..bungkus dgn kain pon xjalan jgk...kalo mengepau....kompem menangis nye lahh tgk hasilnye....
ok layan resepi ok
KUIH SAGU @ BRONOK
Source:ummuayman.wordpress
Bahan-Bahan:
2 cawan biji sagu (rendam dulu selama 1 jam untuk kembangkan biji sagu)
1 1/2 cawan gula
3 sudu besar perisa sirap ros/ pewarna merah
2 cawan air
Kelapa parut ambil yang putihnya saja
Secubit garam Cara membuat:
1. Sejat sagu yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air.
2. Masukkan gula dan perisa sirap ros menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.
3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.
4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa. Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.
ok selamat mencuba ok...
No comments:
Post a Comment