Assalamualaikum wbt...okehhh kite curik2 naip jap ...seperti dijanjikan..menu ayam beriani ni sbny adalah gandingan dgn nasi ketumbar..mmg masyukkk sedap ....laju je makan dgn nasi ketumbar tuh..rasenye ia adalah gabungan yg paling bestttt...hihihih
saba nk ucapkan mekasih buat che mat gebu dan kak ct...sbny resepi ni kan....kalo xsudi mencube mmg rugi....amat2 mudah...sedap plak tuh....en somi kite ckp seyes sedap giler..imagine kite masak setengah ekor ayam...habis licin berkilat periuk u.....hihihihih.....sedap kalo panas2 hehe....ok jom semak resepi jom...rugii tauuu kalo xmencubeee...hehehe
Ayam Masak Beriani
Sumber : Mat Gebu
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong 12
4 sudu besar rempah beriani - bancuh dengan sedikit air
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
3 biji kentang - potong kecil
3 biji tomato buah ranum - mesinkan dengan 2 cawan air
8 biji buah tomato ceri
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar - belah 4
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
garam secukup rasa
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak
Cara-cara :
1. Ayam dibersihkan dan tos airnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yang dibancuh dengan sedikit air serta ayam tadi. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yang telah dimesin dengan air dan juga tomato puree. Biarkan sehingga ayam lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masak sehingga kuah pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato ceri, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau nasi kegemaran yang lain.
lama tak buat ayam beriani...
ReplyDeletesedappp tuu
sedapnya. tambah2 dgn presentation yg menarik. mata tgk pun tertarik :D
ReplyDelete