Tuesday, January 21, 2014

Ayam Cencaluk


Assalamualaikum wbt...salam sayang semua....maaf smlm xdpt bersiaran dek kerana tenet yg mcm ciput nk fingsan....adoii tensen mak.....ape khabar semua? harap2 semua sihat2 dan dirahmati ALLAH selalu yer..
ermm arini nk tayang menu ringkas aje...tp insyallah xkn nyesal nyelah cube..mmg sedap giler..bak kate suami kite...boleh jual hahaaaaaahha sedap sgt2laa tuh.. kite klo cencaluk ni xtau nak masak ape..tau perah limau taruk bawang cili aje..bile try ayam cencaluk ni....haa xdek dah nk peram cencaluk bertahun2 sbb xtau nk buat ape...hehe..sian cencaluk..klo org melaka....ermm lagi2 penggemar cencaluk disaran try resepi ni.....melatop u....hehe..okla jom kite semak resepi yer...mekasih che mat atas perkongsian resepi ni...



AYAM CENCALUK
Source: Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limua purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!.


2 comments:

  1. Assalamualaikum saba...klu resepi dri CM mmg meletop..semua resepi best2 kn...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak. sheila ada cencalok sebotol, tak makan lagi. hehe boleh cuba resepi ni. terima kasih akak dan mat gebu! hehehe. sheila follow blog akak, tadi google resepi pulut mangga. hihi. Salam perkenalan (",)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...